Tragedi 13 Mei 1969
Wednesday, November 24, 2021
Sunday, November 21, 2021
Tragedi 13 Mei 1969
E-FOLIO |
Nama Ahli Kumpulan:
- Dania Izzati binti Mohd Dino Laxintony (14DAT21F1056)
- Siti Zulaikha binti Shariff (14DAT21F1042)
- Nur Syafiqah binti Mazlan (14DAT21F1011)
- Nur Asyikin binti Azli (14DAT21F1034)
- PENGENALAN
- KRONOLOGI 13 MEI
- PUNCA-PUNCA TRAGEDI 13 MEI
- KESAN TRAGEDI 13 MEI DALAM SEJARAH NEGARA
- PENGAJARAN
- KESIMPULAN
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 mempunyai kaitan rapat tragedi 13 Mei ini. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon- calon pilihan raya serta ahli – ahli politik dari kalangan pasrti pembangkang telah membangkitkan soal – soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu ) , kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dr.Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoriti berbangsa Cina telah menang besar di Kawasan Batu ,Selangor . Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50 : 50 di Selangor dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman .
Di Jinjang,Kepong,kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis .Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu .
Perarakan kematian kaum cina pada 13 Mei 1969 |
Menteri besar Selangor, Dato’ Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969. Pergaduhan dan rusuhan tercetus dan bantuan tentera terpaksa dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan . Rusuhan kaum berlaku di Kawasan tertentu dan jangka masa yang terhad. Rusuhan tercetus di Kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling sahaja (Selangor) .
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu . Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru , Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar . Pentadbiran diambil alih oleh Askar Melayu .Malangnya beberapa askar melayu turut masuk ke kedai kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana .
Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor adalah seramai 172 sehingga 196 orang.Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai yang tidak merekodkan kecederaan mereka . Para pemimpin mula memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi . Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh -tokoh yang mendokongi rusuhan,perintah berkurung ,mengawal berita-berita ,radio dan televisyen, menapis akhbar, mengharamkan jurnal yang diterbitkan oleh parti-parti politik dan mengharamkan kempen pilihan raya .
Statistik tidak rasmi jumlah kematian :
• Melayu : 86 orang
• Cina : 342 orang
• Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi ,mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
Ketika itu (13 Mei 1969) ,Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana . 6:45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman . Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969 . Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar angina menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak . Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut . Pada malam peristiwa itiu di televisyen,Tunku berkata " marilah kita tentukan sekarang bahawa kita hidup atau mati ".
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 . Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung . Negara diperintah secara terus oleh Yang Dipertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu ,Majlis Gerakan Negara (Mageran ) telah dibentuk . Tempat beliau digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri tun Abdul Razak .Berikutan itu , Parlimen juga digantung .Sepanjang tempoh darurat , Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang . Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukum Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara . Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan .
PUNCA-PUNCA TRAGEDI 13 MEI 1969 :
1.Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera
Jepun.
Pada zaman pendudukan Jepun,
masyarakat di Tanah Melayu telah dilayan dengan cara yang berbeza-beza.Masyarakat
Cina telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu.Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini telah
menyebabkan perasaan dendam antara satu sama lain.Permusuhan antara orang
Melayu dan orang Cina ini telah meyemai perasaan yang disebabkan oleh layan
berat sebelah.
2.Latar Belakang Pendidikan yang
Berbeza.
Latar belakang pendidikan yang
berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca meletusnya peristiwa 13 Mei.Hal ini
berlaku sistema pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi
kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan
Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah
Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan
peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing
berkiblatkan negeri asal mereka. Buku-buku teks dan guru-guru juga telah dibawa
dari negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Manakala sekolah Inggeris hanya
dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal dikawasan bandar
sahaja.
3.Dasar Pecah dan Perintah Penjajah Inggeris.
Dasar penjajah Inggeris yang
mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan
telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum. Umpamanya, orang-orang Cina
yang tinggal di bandar menjalankan aktiviti perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong. Merekalah memiliki aset yang tinggi
dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Seterusnya, orang-orang Melayu yang tinggal
di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakkannya
pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Hakikatnya, kegiatan
ekonomi bercorak sara diri bagi orang-orang Melayu dan India. Hal ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. British telah melakukan dasar corak penglibatan ekonomi
antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan
sosio-ekonomi tidak seimbang.
4.Pertelingkahan Parti Politik.
Dalam pilihan raya 1964, Parti
Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan
raya. Apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletakkan calonnya seramai
sembilan orang. Setelah Tunku mengisytiharkan bahawa beliau tetap mengekalkan
keanggotaan MCA dalam perikatan. PAP telah menukar corak kempennya dengan
menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan
istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu
turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. PAP
telah menubuhkan Konvesyen Perpaduan Malaysian (KPM) dengan disertai oleh Parti
Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak setelah gagal dalam pilihan
raya. Cogan kata “ Malaysia hak orang Malaysia” telah disebarkan oleh KPM dengan
tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan.
5.Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu.
PAP menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkara
yang disebut sebagai hak orang Melayu dalam perlembagaan. Isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang Melayu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan Kelas
Sosial di Semenanjung Malaysia”. Mereka menganggap bahawa hak kaum-kaum lain
telah diketepikan dan telah tersisih dari keadilan. Hakikatnya, kedudukan taraf
ekonomi orang Melayu adalah bawah dari orang Cina. Tunku telah mengambil
keputusan memaksa Singapura keluar dari Malaysia kerana menyedari bahayanya
pengaruh majoriti Cina dari Singapura. Namun, PAP tidak patah semangat untuk
membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Pengisytiharaan kemerdekaan
Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk, bahasa rasmi
negara adalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang telah dinyatakan dengan
jelas. Selepas 10 tahun merdeka untuk mencapai tujuan tentang kedudukan bahasa
Inggeris untuk digugurkan daripada status bahasa rasmi dan hanya mengiktiraf bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi. Kerajaan mengadakan pelbagai kegiatan untuk
memperluaskan lagi penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dilakukan adalah Hari
Bahasa Kebangsaan, Bulan Bahasa Kebangsaan dan Minggu Bahasa Kebangsaan. Syed
Nasir bin Ismail telah memimpin pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan.
KESAN-KESAN TRAGEDI 13 MEI 1969 :
Kesan peristiwa 13 Mei 1969 banyak memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah dari aspek politik, ekonomi, Pendidikan dan Sosial kaum. Terdapat dua kesan iaitu kesan positif dan negatif.
- Kesan Positif Peristiwa 13 Mei 1969
Antara kesan positif yang terdapat dalam tragedi ini ialah kerajaan memperkenalkan Rukun Negara bagi tujuan membentuk perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat. Selain itu, kesan yang positif yang kedua ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menggantikan dasar ekonomi yang lama. Hal ini bertujuan untuk menangani masalah ketidakseimbangan ekonomi di antara pelbagai kaum di Malaysia yang telah menjejaskan perpaduan antara kaum dan keamanan negara. Sebagai contohnya, jika terdapat sekumpulan etnik yang diidentitikan sebagai menguasai sesuatu bidang, sudah tentu akan menimbulkan perasaan syak wasangka. Hal ini sudah pasti akan mencacatkan proses pembinaan Negara Bangsa . Pengenalan tentang dasar ini secara tidak langsung dapat menguatkan lagi hubungan perpaduan di antara kaum. Di samping itu, kesan positif yang ketiga ialah Jabatan Perpaduan Negara (JPN) ditubuhkan bagi mewujudkan dan menyelaras aktiviti perpaduan melalui rukun tetangga berasaskan konsep kejiranan.
- Kesan Negatif Peristiwa 13 Mei 1969
Antara kesan negatif yang terdapat dalam peristiwa 13 Mei 1969 ialah sistem yang diperkenalkan oleh penjajah inggeris ini telah mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya. Perubahan ini memberi impak yang besar dalam sistem pentadbiran. Contohnya, Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dipimpin oleh Pembesar – Pembesar Melayu terutamanya soal penasihat Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui sistem pencukaian. Kesan negatif yang kedua ialah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda. Sebagai contoh, berlaku rusuhan semasa berada di Panggung Odean. Pemuda cina telah mengepong Panggung Odean di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan telah menyiarkan iklan dalam Bahasa Cina, sedangkan penonton Melayu tidak memahami, lalu pemuda Cina menyerbu dan membakar pawagan tersebut. Kesan negatif yang ketiga ialah sistem ekonomi tradisonal telah dimodensasikan oleh penjajah inggeris. Contohnya, penanaman padi, penangkapan ikan dan penternakan ladang.
PENGAJARAN :
Tragedi berdarah pada 13 Mei 1969 yang berlakunya rusuhan kaum paling dahsyat di negara kita ini, telah membuka mata masyarakat mengenai betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini terus bersatu padu dan menjaga hubungan kaum dalam Malaysia. Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya tahun 1969 selesai diumumkan. Antara pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia ialah :
1. SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA
- Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menunjukkan kepada kita bahawa memupuk sikap semangat cinta akan negara amat penting bagi setiap individu dan masyarakat kerana dengan adanya semangat cinta akan negara ini, tidak akan mencetuskan rusuhan antara kaum. Oleh itu, tidak kira kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain haruslah menanamkan sikap patriotisme dan bergading bahu untuk menjaga keamanan negara daripada pengaruh penjajah luar. Setiap kali kita menyambut Hari Kebangsaan, rakyat juga sering diingatkan agar mencintai negara tanah tercinta.
- Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kita kesedaran yang pembinaan sebuah negara bangsa amat penting dalam memerlukan kesatuan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat yang mempunyai rakyat berbilang agama dan budaya. Kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan harmoni. Rakyat harus bersifat bersangka baik antara satu sama lain, sikap hormat-menghormati, bertoleransi, bertolak ansur dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berasa curiga dan beriri hati di antara kaum. Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti tentang hak kedudukan keistimewaan kaum Melayu yang merupakan penduduk asal di negara Malaysia.
- Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil peluang dan kesempatan untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Oleh itu, rakyat perlu berjaga-jaga supaya tidak terpengaruh dengan penjajah luar kerana kita tidak tahu tujuan mereka. Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan Negara yang tidak menjadi aman dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman antara kaum dan segala aktiviti masyarakat.
- Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah ke pada berlakunya perpecahan dan perbalahan yang telah berlaku di antara kaum melayu dan kaum cina yang mengakibatkann kerosakan harta benda yang besar malah yang paling berharga ialah nyawa yang telah terkorban akibat kejadian seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969.
5. KEADILAN EKONOMI
- Tragedi 13 Mei juga
menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika
masyarakat Malaysia dalam keadaan kemiskinan ianya menjadi lebih sukar
jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.
Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa
majoriti penduduk bumiputera tinggal di luar bandar kebanyakan adalah
berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam
masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat bumiputera untuk mencapai
keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu selepas 13 Mei, satu dasar
pragmatic dasar ekonomi baharu (DEB) telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini
merupakan satu dasar jangka panjang yang mempunyai dua objektif utama
iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula tahap
masyarakat.
Perpaduan kaum adalah amat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuk Malaysia. Perkara ini amat penting kerana tanpa perpaduan sesebuah negara akan menjadi lemah ,sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar ataupun pergolakan dalaman negara sendiri. Rukun negara juga dicipta ekoran daripada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 . Tragedi ini telah menyedarkan semua masyarakah Malaysia betapa pentingnya perpaduan antara satu kaum denmgan yang lain . Melalui gagasan 1 malaysia , semua rakyat perlu yakin bahawa negara ini adalah milik Bersama . Setiap rakyat tanpa mengira kaum ,agama dan budaya mempunyai hak dan kepentingan Bersama . Penghayatan Rukun Negara oleh semua rakyat negara ini akan dapat mewujudkan satu negara bangsa yang berjiwa Malaysia .
-
E-FOLIO MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Nama Pensyarah: Mohd Faizal bin Mat Pesa Nama Ahli Kumpulan: Dania Izzati binti Mohd...